Skip to main content

SHAH ALAM, 8 Disember – Bagi menjaga kelestarian pembangunan di negeri Terengganu khususnya kawasan pesisir pantai yang menjadi tumpuan pelancongan dan kegiatan ekonomi, Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS) melalui Centre of Excellence PITAS (CoE PITAS) telah menjalankan kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur (FSPU) dalam menjalankan penyelidikan yang menumpukan kepada pembangunan kawasan pesisir pantai Terengganu secara lestari. Kajian ini memfokuskan kepada pembangunan rekabentuk yang berteraskan ciri islamik, pintar dan lestari di kawasan-kawasan pesisir pantai tertentu di Terengganu.

Satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara TSIS dan UiTM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti, Bangunan Caseleri UiTM Shah Alam. Rombongan TSIS diwakili oleh Pemangku Pengarah CoE PITAS, En Zulhimi Abd Rahman manakala pihak UiTM diwakili oleh Prof. Datuk Dr Mizan bin Hitam, Penolong Naib Canselor ILD UiTM.

“Saya lihat ia satu projek yang amat bermakna yang menghubungkan antara universiti dan masyarakat. Ia melibatkan kepimpinan, pensyarah dan para pelajar dan mencari jalan bagaimana konsep-konsep di universiti ini dapat dilestarikan di negeri Terengganu untuk melihat pembangunan yang lebih mampan. Saya fikir ia sesuai dengan Sustainable Development Goals (SDG)” ujar Prof. Datuk Dr Mizan bin Hitam setelah majlis sempurna.

Leave a Reply