Pelan induk yang menggabungkan pembangunan manusia dan pembangunan ekonomi secara holistik dan komprehensif.
Secara makronya, halatuju pembangunan manusia memberi tumpuan kepada melahirkan rakyat yang beragama, bermasyarakat dan berkebajikan. Manakala halatuju pembangunan ekonomi memberi tumpuan kepada meningkatkan peluang pekerjaan dan menghasilkan pendapatan baharu kepada kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman.
(Sumber: DOSM Malaysia)