Skip to main content

Penulis:
Nurfaraezzati Muhammad
Pegawai Penyelidik Portfolio (Kebajikan, Belia & Sukan)

 

Kerajaan Terengganu amat menitik beratkan kebajikan rakyat negeri Terengganu bagi meningkatkan kesejahteraan mereka. Hasrat kerajaan ingin melaksanakan projek rintis TEGANU CARRE dengan membawa konsep ‘Citizen Centric’ membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

 

Apa itu TEGANU CARRE dengan konsep ‘Citizen Centric’? Dalam bahasa mudah difahami, ia adalah untuk menyelaraskan bantuan kebajikan secara berpusat serta bagi memastikan keperluan rakyat Terengganu disantuni secara berterusan menerusi empat segmen iaitu kebajikan, kesihatan, agama dan sosial & perpaduan. Ia juga merupakan satu daripada mercu tanda PITAS2030.

Idea TEGANU CARRE dibawa dalam PITAS2030 adalah disebabkan masih berlaku masalah keciciran bantuan memandangkan data yang diperoleh tidak lengkap dan karenah birokrasi yang melambatkan penyaluran bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Semua birokrasi perlulah diketepikan dan pemberian bantuan perlu segerakan.

Dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat juga, pelan TEGANU CARRE dilihat begitu komprehensif kerana membantu rakyat pada setiap tingkat kitaran kehidupan iaitu semenjak bayi dalam kandungan sehinggalah ke akhir hayat mereka. Kebanyakan konsep yang diguna pakai kerajaan sekarang adalah one-way di mana kerajaan hanya menyalurkan bantuan kepada rakyat berdasarkan maklumat dan info dari pihak kedua/ketiga tanpa merujuk kepada sasaran golongan penerima bantuan. 

Melalui konsep citizen centric dalam TEGANU CARRE ini, interaksi antara rakyat dan pemerintah menjadi lebih efektif dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan lebih cepat sampai kepada rakyat tanpa perlu melalui prosedur yang rumit. Ini menunjukkan kerajaan negeri sentiasa komited bagi memperkuat sistem penyampaian bantuan kebajikan yang lemah untuk mengurangkan kerenah birokrasi.

Leave a Reply