KUALA TERENGGANU, 10 Januari – Operasi kutipan sampah domestik di sekitar daerah ini sudah mula berjalan sejak Jumaat lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata sebahagian kawasan sudah dibersihkan bagi memastikan isu ini tidak menimbulkan masalah selain untuk mengatasi situasi semasa.
“Insya-Allah operasi akan terus berjalan ke hari ini sehingga segala sisa-sisa terbiar itu diselesaikan sepenuhnya.
“Kerajaan negeri sudah mengarahkan pihak terlibat supaya bertindak segera dalam isu ini supaya ia tidak terus berlarutan, ini adalah langkah penyelesaian jangka pendek,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.
Menurut Dr Alias, perbincangan lanjut sedang diadakan bagi mencari solusi terbaik dan mengelakkan situasi sama berulang di masa depan.
“Pertemuan sudah dibuat dengan beberapa pihak terlibat bagi, kita mahu mencari jalan terbaik terhadap masalah ini.
“Kemudian, penyelesaian terbaik akan kita laksanakan dalam masa segera,” tambah beliau.
Artikel Penuh: https://www.trdi.my/operasi-kutip-sampah-berjalan-sejak-jumaat
Hakcipta Terpelihara © 2022 TRDI