Skip to main content

KEMAMAN: Kesemua lima pulau pelancongan utama di negeri ini telah beroperasi sepenuhnya dan kini selamat untuk dikunjungi pelancong. Ia membabitkan Pulau Perhentian di Besut, Pulau Kapas di Marang, Pulau Tenggol di Dungun, Pulau Redang dan Lang Tengah di Kuala Nerus. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pengunjung yang telah membuat tempahan pakej pelancongan di pulau peranginan berkenaan tidak perlu menangguh atau membatalkan percutian mereka.

Justeru, pengunjung yang bimbang dengan situasi semasa disaran mendapatkan maklumat daripada pihak pengusaha resort yang beroperasi di kawasan itu.
“Di sini ingin saya memaklumkan, kesemua pulau telah menjalankan operasi atau pusat peranginan mereka dan resort-resort mereka beroperasi seperti biasa.
“Setakat ini, kelima-lima pulau di Terengganu, yang merupakan ‘hotspot’ pelancongan, telah pun dibuka dan Insya-Allah tidak ada masalah. Sebanyak 20 resort telah melaporkan pada pihak kita yang mereka beroperasi seperti biasa, dengan jumlah keseluruhan lebih 500 pengunjung,” katanya.

Sebelum ini, kira-kira 400 pelancong terkandas di Pulau Perhentian pada 28 Feb lalu, ekoran cuaca buruk yang melanda Terengganu, sebelum keadaan kembali pulih sejak tiga hari lalu.

Artikel Penuh: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lima-pulau-pelancongan-utama-di-terengganu-selamat-untuk-dikunjungi-polis-349846
Hakcipta Terpelihara © 2022 Astro Awani

Leave a Reply