Mercu Tanda Negeri (MTN) merupakan program utama berimpak tinggi Negeri Terengganu, diambil daripada setiap teras strategik PITAS2030. Melalui MTN, terdapat beberapa inisiatif penting yang dinamakan sebagai High Impact Portfolio Programme (HIPP). HIPP dikira sama ada dalam bentuk pembangunan fizikal, polisi baharu dan program yang berpanjangan serta memberi impak kepada rakyat dan Kerajaan Negeri Terengganu.
High Impact Portfolio Programme (HIPP) bukan hanya memberikan impak yang luar biasa daripada ekonomi, bahkan memberikan impak positif yang jauh lebih luas dari segi sosial dan komuniti tempatan. Antara impak utama ekonomi adalah peningkatan signifikan dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), penciptaan peluang pekerjaan, pengurangan kadar pengangguran, serta peningkatan pelaburan ke Negeri Terengganu. Selain itu, HIPP juga membuka ruang kepada pelabur luar untuk melabur di negeri ini, sekali gus mencetuskan landskap pelaburan yang lebih dinamik dan inovatif. Selain itu, HIPP juga berpotensi untuk mencipta industri-industri baharu untuk berkembang di Negeri Terengganu, seterusnya membawa negeri mencapai tahap baharu dalam pembangunan ekonomi. Dengan kesan yang meluas, HIPP menjadi tonggak penting dalam mengukuhkan struktur ekonomi negeri dan membawa manfaat berpanjangan kepada masyarakat tempatan.
MTN dan HIPP akan menjadi kayu ukur terhadap pencapaian portfolio dan dikongsikan dengan rakyat sebagai kejayaan Negeri Terengganu melalui PITAS2030.