Skip to main content

KUALA NERUS, 28 Januari – Seramai 37 orang pelajar antarabangsa dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil inisiatif mengutip satu tan sampah di pantai di Seberang Takir hari ini.

Pengarah Pusat Antarabangsa UniSZA, Anuar McAfee berkata, mahasiswa dari pelbagai negara seperti Syria, Bangladesh, Pakistan, Nigeria dan Indonesia telah menyertai usaha yang julung kali diadakan, mengutip sisa buangan te rmasuk botol plastik dan jala ikan lama.

“Dengan adanya aktiviti sebegini, ia dapat meningkatkan kesedaran tentang mencintai alam sekitar serta memupuk satu budaya dalam mengekalkan kebersihan pantai dan kelestarian laut.

“Plastik yang tidak dibuang secara betul akan menjejaskan kehidupan marin terutamanya penyu.

“Di samping itu, program ini berperanan dalam mewujudkan hubungan baik bersama komuniti setempat dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar berkenaan untuk berkenalan dan mengenali masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program pembersihan pantai yang diadakan dari 7.30 sehingga 10 pagi dengan kolaborasi Koperasi Homestay Teluk Ketapang yang diterajui oleh Md Azmi A Aziz.

Turut hadir, Penghulu Mukim Seberang Takir, Khairi Ghazali.

Untuk rekod, UniSZA mempunyai 1,170 orang pelajar antarabangsa dari 40 buah negara yang mengambil Ijazah Sarjana Muda, Master dan Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang.  Inisiatif ini menunjukkan keprihatinan terhadap alam sekitar dan kepekaan kepada isu semasa seiring dengan moto universiti iaitu ‘Ilmu demi faedah insan’.

Artikel Penuh: https://www.trdi.my/pelajar-unisza-kutip-satu-tan-sampah-di-pantai
Hakcipta Terpelihara © 2022 TRDI

Leave a Reply