Penulis:
Hazrin Izwan Che Haron @ Shafiee
Pegawai Penyelidik Portfolio (Teras Industri & Pelancongan)
Majlis Pelancaran Projek Pembesaran Pelabuhan Kemaman telah diadakan pada 15hb Januari 2022 ditandatangani oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan dihadiri oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd (KPKSB) Datuk Ahmad Amzad Hashim,
Pembesaran Pelabuhan Kemaman ini direalisasikan selaras dengan Mercu Tanda PITAS2030 di dalam Teras 5- Penerokaan dan Pemerkasaan Sektor Industri & Sektor Pembuatan.
Kapasiti Pengendalian Kargo
Konsortium Pelabuhan Kemaman (KPK) akan melaksanakan kerja pembesaran dermaga di Pelabuhan Kemaman bagi menampung permintaan pengendalian kargo yang semakin meningkat. Pada waktu ini, Pelabuhan Kemaman hanya mampu menampung tujuh juta metrik tan kargo sahaja. Dengan pembesaran dermaga ini mampu menampung kira-kira 33 juta metrik tan kapasiti kargo yang mampu dikendalikan dan sasaran ini dijangka akan dicapai menjelang tahun 2025 nanti.
Potensi Pelaburan
Eksport barangan Syarikat Eastern Steel Sdn Bhd dari sejuta tan barangan akan meningkat kepada tiga juta tan dengan adanya pelabuhan itu. Selain itu, Pelabuhan Kemaman akan menerima pelabur baharu iaitu Syarikat JXR Manufacturing yang akan mengambil alih kilang PERWAJA.
Jangkamasa & Peruntukan Projek
Peruntukan berjumlah RM 500 juta telah disalurkan oleh KPK bagi pembangunan fasa pertama tahun ini dengan membina empat buah kren membabitkan perbelanjaan RM100 juta, manakala fasa selanjutnya akan digunakan untuk membina dermaga sepanjang 650 meter yang akan dimulakan pada tahun depan.
Untuk pelan pembangunan jangka panjang pelabuhan ini, ianya akan melibatkan pembesaran pelabuhan dan kemudahan-kemudahan baru termasuk peralatan pelabuhan dimana ianya mampu meningkatkan kapasiti bagi menampung keperluan pengguna pelabuhan semasa dan akan datang