Skip to main content

Penulis:
Hazrin Izwan Che Haron @ Shafiee
Pegawai Penyelidik Portfolio (Teras Industri & Pelancongan)

 

Taman Perindustrian Kertih Terengganu (KTIP) merupakan sebuah kompleks kilang penapisan bio generasi kedua terbesar di Asia dan akan dibina  di Terengganu. Ianya   dilancarkan pada 6 Mac 2022 oleh Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.) dengan peruntukan pelaburan berjumlah RM680 juta untuk fasa satu  dan akan dibina di atas keluasan tanah 407 hektar yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2024.

 

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. Projek Taman Perindustrian Kertih Terengganu  ini merupakan kerjasama antara Terengganu Inc. dan Syarikat Pembinaan Pembangunan Hartanah, MGB Berhad (merupakan anak syarikat kepada LBS Bina Group Berhad ). Sebelum ini, anak syarikat milik mereka iaitu MGB Construction & Engineering Sdn Bhd (MGBCE) telah menandatangani perjanjian pembinaan secara keseluruhan dengan Retro Court Sdn Bhd bagi pembangunan Projek Kertih.

Kedudukan Taman Perindustrian Kertih Terengganu adalah strategik di mana ianya berada di hab bioekonomi bersepadu melibatkan industri biopolimer dan produk kimia. Melalui kedudukan ini, Taman Perindustrian Kertih Terengganu berupaya memanfaatkan pembangunan perindustrian serta merancang  kluster industri berpotensi tinggi di kawasan industri sedia ada.

Kredit Foto: Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu

 

Taman Perindustrian Kertih Terengganu di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur mempunyai akses mudah dengan infrastruktur dan fasiliti sedia ada seperti loji pemprosesan gas, loji penapisan minyak dan dua pelabuhan sedia ada iaitu; Pelabuhan Kemaman dan Pelabuhan Kertih.

 

Dengan usaha Kerajaan Negeri  memacu pembangunan melalui pembesaran Pelabuhan Kemaman  dengan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kertih, Taman Perindustrian Kertih Terengganu akan berpotensi menarik pelabur dan sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi negeri, mengubah landskap serta sosio ekonomi penduduk setempat.

Leave a Reply