Skip to main content

Penulis:
Hazrin Izwan Che Haron @ Shafiee
Pegawai Penyelidik Portfolio (Teras Industri & Pelancongan)

 

Syarikat pengeluar besi dan keluli terkemuka iaitu Eastern Steel Sdn. Bhd. (ESSB) telah menambah pelaburan mereka di negeri Terengganu berjumlah RM3 bilion. Eastern Steel Sdn Bhd telah menambah segmen produk mereka dengan pengeluaran Hot Rolled Coil (HRC) di mana ianya adalah yang pertama di Malaysia dengan jangkaan peluang pekerjaan sebanyak 1,000 kepada anak tempatan negeri Terengganu.

 

Pengeluaran Hot Rolled Coiled ini akan meningkat tiga (3) kali ganda dariapa 700,000 tan metrik kepada 2.7 juta tan metrik sehingga tahun 2023. Pelaburan bagi projek ini sekaligus menunjukkan komitmen Eastern Steel Sdn Bhd di dalam menyokong hala tuju kerajaan negeri bagi memperkasakan segmen pelaburan negeri Terengganu

Pelbagai kategori bidang pekerjaan akan disediakan oleh Eastern Steel Sdn Bhd meliputi tahap profesional, pengurusan serta kemahiran bagi  pelajar-pelajar  lepasan tahun 2022. Namun tumpuan akan diberikan kepada pelajar -pelajar lepasan kursus dalam bidang berkaitan industri besi dan keluli.  Selain itu juga, Eastern Steel Sdn Bhd turut menaja pekerja sedia ada mereka bagi program kemahiran semula dan peningkatan kemahiran

Pihak Eastern Steel Sdn Bhd  turut memanfaatkan produk University College TATI, Universiti Malaysia Terengganu dan TESDEC di dalam mencari tenaga kerja bagi mengisi kekosongan dan melatih sumber manusia baharu. Dalam pada masa yang sama, Menteri Besar Terengganu menyokong tindakan ini  dan mengharapkan jalinan tiga institusi tempatan dengan Eastern Steel Sdn Bhd   akan membuka lembaran baharu buat pelajar. Kerjasama ini juga  akan memberi limpahan manfaat dan kebaikan kepada sosio-ekonomi rakyat Terengganu dan juga turut  mengurangkan penghijrahan  ke luar bandar.

 

Leave a Reply