KUALA TERENGGANU, 14 Disember – Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS) melalui Centre of Excellence PITAS (CoE PITAS) telah menjalankan kerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Fakulti Pengajian Maritim dalam menjalankan penyelidikan berkaitan potensi mewujudkan hub logistik di Terengganu. Kajian ini memfokuskan kepada pelan pembangunan hub logistik yang memainkan peranan besar di kawasan pantai timur.
Satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara TSIS dan UMT telah diadakan di Bangunan Caselori UMT di Gong Badak. Rombongan TSIS diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Wan Mat bin Sulaiman manakala pihak UMT diketua sendiri oleh oleh Prof. Dr Mazlan bin Abd Ghaffar, Naib Canselor UMT.
Kredit gambar: Media Kreatif UMT
Prof. Dr Mazlan dalam ucapannya telah menyatakan keperluan dan kepentingan hub logistik di negeri Terengganu di samping kewujudan pelabuhan-pelabuhan yang sedia ada sama ada di Terengganu atau negeri jiran. Dengan adanya pelan yang teratur, pembangunan dalam Terengganu akan menjadi lebih baik.
Dengan termeterainya MoA ini, ia menjadikan kajian ini adalah kajian yang ke tiga belas hasil kolaborasi antara TSIS dan UMT. Dr Wan Mat menyatakan bahawa TSIS amat menitikberatkan kajian kerana segala cadangan yang disalurkan kepada kerajaan negeri adalah berdasarkan kajian dan fakta.
Sebagai rujukan, Hub Logistik Pantai Timur merupakan inisiatif yang tersenarai dalam Teras Strategik 5 Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030).
Kredit gambar: Media Kreatif UMT