Skip to main content

PUTRAJAYA, 19 Jan – Industri maritim mempunyai potensi yang besar untuk dilaksanakan di Terengganu dan bakal merangsang perkembangan ekonomi setempat sekiranya ia direalisasikan.

Perkara ini telah diutarakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Datuk Ahmad Amzad bin Hashim ketika kunjung hormat rombongan Centre of Excellence PITAS (CoE PITAS) ke pejabatnya di Putrajaya. Rombongan diketuai oleh En. Zulhimi Abd Rahman selaku Pemangku Pengarah CoE PITAS.

Kunjung hormat ini diadakan bertujuan mengambil pandangan YB Datuk Timbalan Menteri berkaitan potensi-potensi pembangunan industri maritim dan juga pembangunan hub logistik pantai timur di Terengganu.

 

Kredit Foto MOSTI

 

Terengganu mempunyai sejarah yang gemilang dalam industri maritim pada satu masa dahulu. Pemerkasaan industri ini perlu dilakukan sejajar dengan potensi yang ada memandangkan industri petroleum dan gas yang besar di Terengganu.

Ia turut disokong dengan pembesaran Pelabuhan Kemaman yang sedang dilakukan. Dengan pemerkasaan ini, aktiviti-aktiviti ekonomi lain akan lebih rancak dan besar kemungkinan Terengganu boleh menjadi hub logistik pantai timur sebagaimana yang dilakarkan dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030).

 

Kredit Foto MOSTI

 

Turut sama dalam kunjung hormat ini adalah Dr. Izyan Munirah binti Mohd Zaideen dari Fakulti Pengajian Maritim, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

 

Leave a Reply