Skip to main content

TERENGGANU, 11 APRIL 2022 – Matta Fair 2022 di World Trade Centre, Kuala Lumpur telah berlangsung selama dua hari bermula 9 April 2022 dan 10 April 2022. Turut menyertai program ini adalah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) dimana saban tahun Terengganu pasti membawa agensi-agensi berkaitan dan pada program kali ini, sebanyak 14 penggiat industri pelancongan Terengganu tampil mempromosi keistimewaan produk dan menawarkan pakej pelancongan dengan kadar harga rendah. Antaranya Primula Beach Hotel, Permai Hotel, Kapas Coral Resort, Arwana Perhentian Resort, Ketengah Niaga & Tours dan Yaudin Holidays.

Matta Fair 2022 pastinya membuka ruang kepada penggiat industri pelancongan Negeri Terengganu untuk merancakkan kembali industri pelancongan serta meningkatkan jualan pakej- pakej pelancongan negeri ini. Pelbagai tawaran yang menarik dan boleh dikatakan ‘mampu milik’ telah ditawarkan oleh penggiat industri pelancongan Terengganu.

Tambahan pula dengan sempadan negara yang telah dibuka sepenuhnya kepada pelancong antarabangsa, Matta Fair dilihat sebagai landasan terbaik bagi menembusi pasaran pelancongan domestik dan antarabangsa. Semoga ini dapat merancakkan dan meningkatkan ekonomi rakyat Terengganu dalam memastikan keutuhan ekonomi terjaga selaras dengan Dasar Keselamatan Negara 2021-2022.

“Let’s Visit Beautiful Terengganu, Stay Safe”

Artikel Penuh: https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/04/11/keutuhan-ekonomi-promosi-tahun-melawat-terengganu-2022/
Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Keselamatan Negara

Leave a Reply