Penulis:
Hazrin Izwan Che Haron @ Shafiee
Pegawai Penyelidik Portfolio (Teras Industri & Pelancongan)
Terengganu merupakan mempunyai laluan pantai sepanjang 224km dimana pantainya membiru, pasir putih serta mempunyai panorama yang indah. Keindahan ini membuatkan Negeri Terengganu sangat permai dan cantik untuk dinikmati. Ianya menjadi jajaran pemanduan yang indah dimana perjalanan anda akan melalui pantai-pantai dari Kemaman dan ke Kuala Terengganu hingga ke Besut. Banyak lokasi-lokasi yang menarik untuk dilihat, dinikmati dan dilawati di sepanjang jajaran ini.
Jajaran pemanduan pemandangan ini melibatkan kawasan yang bermula di sekitar Kemasik, Paka, Dungun, Marang (Kelulut), Chendering, Batu Buruk, Penarik, Mangkuk, Setiu Wetland , Benting Lintang dan Pantai Air Tawar , Besut. Pengunjung dan pelancong perlu berhenti jika ingin menikmati keindahan kawasan-kawasan ini sambal berehat, bergambar dan menikmati produk-produk makanan, kebudayaan dan warisan setempat. Malah mereka juga dapat berkelah di setiap kawasan rehat yang ditawarkan sepanjang jajaran yang telah dipetakan.
Kerajaan Negeri Terengganu telah mengatur langkah bagi menjayakan program ni dengan membina kajian secara in depth untuk menggariskan pelan bagi mewujudkan Terengganu Scenic Drive. Pelan ini juga mengenalpasti tahap kemudahsampaian daripada satu produk ke produk seterusnya mengikut jajaran sistem jalan raya sedia ada untuk meggambarkan anggaran perjalanan jejak pelancongan yang direkabentuk. Ianya juga akan membentuk jajaran jejak pelancongan berdasarkan kemudahsampaian dan keselesaan pelancong untuk memastikan pengalaman yang menyeluruh dan menarik.
Terengganu Scenic Drive ini juga mengambil kira segmen koridor Destinasi Mesra Muslim dengan berkonsepkan keunikan yang tersendiri. Usaha ini adalah bertujuan untuk mewujudkan negeri yang mesra pelancong sekaligus mengoptimumkan penglibatan komuniti dalam industri pelancongan. Selain itu juga, pelan ini juga akan memastikan setiap destinasi pelancongan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Malaysian Standard (Muslim Friendly Hospitality Services ISO MS 2610:2015).
Sehingga kini, kemajuan pelan Terengganu Scenic Drive ini telah berjalan sebanyak 50% dan program ini akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2023. Pelancongan Scenic Drive ini adalah unik dan berfungsi menarik minat pengembara melalui segmen komuniti setempat yang mempunyai sumber sejarah, warisan, budaya dan rekreasi semula jadi. Jumlah pelancong juga akan meningkat dengan keupayaan tarikan pelancongan Scenic Drive untuk destinasi pelancongan setempat. Sebilangan besar pasaran pandu kendiri biasanya mengambil pemanduan indah (Scenic Drive) di destinasi indah dan menyumbang 52% daripada keputusan untuk melawat destinasi tertentu. Sebagai produk pelancongan, Scenic Drive adalah sangat penting dalam mempengaruhi kunjungan pelancongan dan aliran pelancong ke sesuatu destinasi.