Skip to main content

Penulis:
Hazrin Izwan Che Haron @ Shafiee
Pegawai Penyelidik Portfolio (Teras Industri & Pelancongan)

 

Kerajaan Negeri Terengganu terus komited menjalinkan kerjasama erat bersama PETRONAS di dalam memastikan peningkatan peluang penyertaan anak Terengganu di dalam projek-projek di bawah kendalian PETRONAS. Mesyuarat hala tuju objektif Sub Working Committee antara Kerajaan Negeri dan PETRONAS telah diadakan pada 8 Mac 2021 bagi membincangkan peluang penyertaan anak Terengganu ini. Antara agenda mesyuarat Sub Working Committee bagi segmen Peluang Kontrak dan Pernigaan ini ialah membentangkan pelaporan penyertaan vendor dari anak Terengganu dan inisiatif bagi memperkasakan eko-sistem OGSE dan kemahiran keusahawanan bagi para vendor.

Terengganu Joint Working Committee telah tertubuh di bawah objektif Sub Working Committee pada tahun 2017 dimana ianya adalah platform bagi koordinasi antara Kerajaan Negeri dan PETRONAS dalam mencapai faedah bersama dari pembangunan Petroleum di negeri pengeluar minyak dalam Malaysia. Pada suku ketiga tahun 2020 sebanyak 413 vendor dari anak Terengganu telah mendapat lesen dan didaftarkan di bawah PETRONAS dan sebanyak 213 (49%) dari senarai ini telah mendapat projek dari PETRONAS.

 

Jumlah ini adalah peningkatan sebanyak 11% dari tahun sebelumnya iaitu sebanyak 388 vendor yang mendapat projek. Selain itu juga, 76 skop kerja yang dipilih dan telah diutamakan untuk syarikat tempatan Terengganu bagi meningkatkan keupayaan dan juga persediaan syarikat ke arah skop dan persaingan yang lebih besar. Keutamaan ini diberikan kepada syarikat milik anak negeri Terengganu dalam bidaan tender tanpa mengira SWEC. Kontrak besar yang dimenangi oleh bukan syarikat milik rakyat negeri Terengganu haruslah dianugerahkan pekerjaan atau sub kontraktor anak Terengganu. Inisiatif ini bertujuan juga sebagai persediaan syarikat bagi bidaan projek yang lebih besar.

Dibawah objektif Sub Working Committee juga telah dilaksanakan inisiatif pengutamaan pengusaha tempatan yang bertujuan meningkatkan penganugerahan pekerjaan kepada anak Terengganu atas dasar prinsip meritokrasi. Vendor Development Program juga telah diwujudkan bagi memperkasan usahawan bumiputra khususnya anak Terengganu. Program ini membantu vendor anak Terengganu supaya menjadi lebih berdaya saing secara teknikal, kemahiran pengkomersialan, pembangunan teknologi, penglibatan secara antarabangsa dan juga memberi pendedahan melibatkan diri di dalam Bursa Saham.

 

Mesyuarat berkala juga telah diadakan oleh Majlis Minyak dan Gas Terengganu bersama pihak PETRONAS bagi meningkatkan pemahaman tentang cabaran dan peluang di industry minyak dan gas. Di bawah Majlis ini juga pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi meningkatkan penyertaan vendor anak Terengganu iaitu dengan melaksanakan program:
1) Anugerah Vendor Cemerlang
2) Klinik Sumber
3) Simposium HSE & Penglibatan Rakan Usahawan
4) Seminar industry 4WRD
5) Program Kewangan Vendor OGSE bagi sub-kontraktor dan
6) Penglibatan Rakan Usahawan PMA

Leave a Reply