Skip to main content

Penulis:
Hazrin Izwan Che Haron @ Shafiee
Pegawai Penyelidik Portfolio (Teras Industri & Pelancongan)

 

Terengganu menyasarkan untuk menjadi negeri ketiga paling ramai dikunjungi pelancong di Malaysia pada tempoh lima tahun akan datang. Negeri Terengganu pernah diiktiraf sebagai negeri yang paling tinggi menerima kedatangan pengunjung ke hotel dan dengan kenyataan ini , Kerajaan Negeri yakin mampu mencapai sasaran yang ditetapkan itu berdasarkan kemasukan orang ramai ke Terengganu pada cuti musim perayaan. Bagi mencapai sasaran ini, Kerajaan Negeri telah merancang pelbagai program kelestarian destinasi dan produk pelancongan dalam negeri Terengganu.

Pusat-pusat rekreasi dan peranginan pantai di setiap daerah dalam Terengganu kini telah mempunyai tahap kemudahsampaian yang tinggi dan kemudahan infrastruktur yang baik ekoran sokongan, galakan dan insentif pelancongan daripada Kerajaan Negeri. Majoriti pengunjung yang datang ke kawasan rekreasi dan peranginan ini adalah berkeluarga dan pelancong domestik yang menyebabkan kawasan-kawasan ini akan kerap dikunjungi. Oleh yang demikian, program-program seperti pembangunan kemudahan fizikal (bagi chalet dan motel) serta kebersihan kini telah dikawal rapi oleh pihak berkuasa pembangunan tempatan negeri melalui unit Majlis Tindakan Pelancongan.

Selain itu juga, penelitian berdasarkan pandangan pelancong tentang tahap kelestarian dan kemajuan pusat peranginan juga telah diambil kira oleh pihak pentadbiran dimana kawasan -kawasan tarikan pantai akan dipastikan tidak terkesan dengan pembangunan perubahan fizikal bagi mengekalkan kelestarian persekitaran kawasan tersebut. Kerajaan negeri dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga turut mengambil inisiatif mewujudkan kawasan pantai yang selamat kepada pengunjung dengan kawalan keselamatan sepanjang masa.

Selain itu juga, bagi kawasan-kawasan tarikan yang mudah terkesan, akan dihadkan penerimaan pengunjung bagi mengelakkan kesan-kesan terhadap ekosistem. Pelbagai program kelestarian pelancongan telah dilaksanakan di Bukit Tok Salai, Bukit Keluang, Bukit Maras , Pualau Redang dan lain-lain. Kerajaan Negeri juga dalam perancangan untuk menambahkan lagi program-program kelestarian destinasi pelancongan pada masa hadapan.

Leave a Reply