Katanya, penganjuran inisiatif berkenaan dalam masa sama dapat memulih dan merancakkan kembali industri pelancongan negeri.
Tahun ini festival diadakan di lima lokasi berbeza dan kita menyasarkan seramai 24,000 orang berkunjung ke pusat beli-belah Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall diikuti masing-masing 7,500 orang di Kampung Budaya Terengganu dan Paya Bunga (PB) Square & Hotel.
“Di Duyung Marina Hotel pula sasaran pengunjung adalah seramai 6,000 orang manakala Taman Tamadun Islam (5,000 orang),” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan video travelog Beautiful Terengganu di PB Hotel, di sini hari ini.
Menerusi video travelog itu sebanyak 20 pakej pelancongan tiga hari dua malam di samping 20 cadangan perjalanan dan destinasi pelancongan di negeri ini diperkenalkan kepada pelancong.
Dalam pada itu, Ariffin berkata, kerajaan negeri belum berhasrat untuk memohon pelaksanaan gelembung pelancongan antarabangsa bagi Terengganu sebagaimana di Pulau Langkawi, Kedah.
“Sebahagian besar pelancong asing ke Terengganu lazimnya bertumpu di pulau peranginan tetapi disebabkan kita sudah hampir memasuki musim tengkujuh, maka tidak sesuai untuk kita memohon kelebihan itu.
“Sebaliknya, kita bersedia untuk menerima kunjungan pelancong asing pada Februari tahun depan apabila operasi pulau peranginan kembali dibuka,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/sasar-50000-pengunjung-ke-festival-kebudayaan-terengganu/
Hakcipta Terpelihara © 2021 Utusan