Skip to main content
Wan Sukairi (tengah) bersama sebahagian peserta yang berjaya menyertai program LMTS.

 

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri akan meneruskan pemberian lesen motosikal percuma, di bawah Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia adalah salah satu komitmen kerajaan dalam menunaikan janji manifesto Pas pada PRU14 yang lalu.

Menurutnya, kerajaan juga berjaya melaksanakan janji itu tidak sampai setahun memerintah dengan manfaat kepada 25,000 peserta bagi program itu.

“Peruntukan sebanyak RM7 juta dibuat bagi pelaksanaan program ini. Sejak hebahan bermula awal Januari 2019, kita mendapat 49,564 permohonan untuk menyertai program ini.

“Daripada jumlah itu, Parlimen Kemaman mencatatkan permohonan tertinggi iaitu 8,484 permohonan manakala Parlimen Hulu Terengganu merekodkan permohonan paling rendah iaitu 4,189 orang.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/23593/EDISI/Terengganu/Terengganu-terus-tunai-janji-beri-lesen-motor-percuma
Hakcipta Terpelihara © 2019 Sinar Harian

Leave a Reply