Skip to main content

YB EXCO Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah telah berbesar hati turun padang bagi menziarahi  Calon-calon Belia Kategori Khas Kerajaan Negeri bagi daerah Dungun.

Program ziarah ini bertarikh 3 Oktober 2021 ini dimulai dengan calon kategori sukarelawan iaitu Mohd Ridzuan bin Ab Rahman dan Sabariah binti Abbas yang sedang bertugas sebagai sukarelawan MyVac di PPV UiTM Dungun. Seterusnya ke Calon kategori Usahawan Abdul Hakim Luqman bin Asha’ari yang merupakan pengasas kepada jenama  Kedai Gunting Rambut The Groomerz Barbershop di Cawangan  Dungun di Jalan Pak Sabah dan Mohd Nasir bin Amin, pengusaha Butik Pengantin Kampung Che Lijah.

Ziarah diteruskan lagi kepada dua orang Calon Kategori Belia Usahawan dan Belia Tani di Felda Jerangau  iaitu Che Badrul Amin bin Che Manan yang mengusahakan Penternakan Lalat Askar Hitam dan projek sarang burung walit dan Muhammad Al Ahnaf bin Mohd Roslan yang menjalankan pertanian fertigasi meja dan fertigasi kotak seperti pak Choy Kerdil, cili centil dan strawberri.

‘Saya merasa amat gembira dan merasakan diri dihargai apabila YB EXCO sendiri sudi meluangkan masa turun padang untuk mengziarahi calon-calon belia’, ujar Saudari Sabariah bin Abbas apabila diajukan mengenai program ziarah tersebut.

Program ziarah ini turut disertai oleh Haji Anuar bin Awang Pegawai Daerah Dungun, Encik Mohamad bin Embong Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Puan Wan Norhayati bin Wan Ibrahim Pegawai Belia dan Sukan Dungun dan Encik Asmadi bin Khalid Pengerusi Majlis Belia dan Sukan Daerah Dungun.

Artikel Penuh : https://www.jbsn.gov.my/berita-jbs-negeri-terengganu/ziarah-yb-exco-belia-sukan-dan-ngo-negeri-terengganu-kepada-calon-calon-belia-kategori-khas-kerajaan-negeri-terengganu.html
Hakcipta Terpelihara © 2021 JBSN Terengganu

Leave a Reply