Skip to main content

Penulis:
Hazrin Izwan Che Haron @ Shafiee
Pegawai Penyelidik Portfolio (Teras Industri & Pelancongan)

 

Taman Geopark Tasik Kenyir bakal menjadi realiti apabila Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) telah mensasarkan Kawasan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu sebagai Taman Geo menjelang akhir tahun ini. Perancangan ini adalah selaras dengan Mercu Tanda PITAS 2030 iaitu Kenyir GeoPark di dalam Teras Strategik 6- Pendigitalan Terengganu dan Pemantapan Pelancongan.

 

Perancangan Taman Geopark Tasik Kenyir

Pihak UPEN kini dalam usaha yang gigih merealisasikan perancangan ini dan Tasik Kenyir akan bakal menjadi tarikan terbaharu dalam industri eko pelancongan. Pihak UPEN telah mendapat kebenaran dari Kerajaan Negeri untuk menyelaras perancangan GeoPark tersebut dan sehubungan itu juga, pihak Pejabat Daerah Hulu Terengganu juga bersetuju mengetuai perjalanan perancangan tersebut.

Bengkel Permurnian

Untuk permulaan, pihak UPEN telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Dossier Geopark Tasik Kenyir bersama 15 jabatan dan dua universiti terpilih. Antara Jabatan dan universiti terlibat adalah seperti; Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Terengganu serta Pejabat Daerah Hulu Terengganu.

Dapatan bengkel ini akan dibentangkan kepada  Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri untuk penelitian akhir sebelum diangkat  kepada Jawatankuasa Geopark Kebangsaan (JGK) untuk direalisasikan.

Manfaat

Taman Geo Tasik Kenyir amat penting dan signifikan  bagi Terengganu khususnya masyarakat dimana ianya  bakal memberi manfaat daripada pelbagai sudut termasuk sektor pelancongan, ekonomi penduduk, peluang pekerjaan, pendapatan negeri dan menarik minat lebih ramai pelabur

Leave a Reply