Skip to main content

BESUT, 15 Februari – Tabung Bencana Pertanian Negeri Terengganu diaktifkan serta-merta setelah kejadian banjir berlaku sehingga memusnahkan tanaman padi di sekitar Besut, pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata hujan yang turun berterusan sejak malam tadi menyebabkan beberapa sawah padi milik penduduk ditenggelami air menjadi serupa laut.

Katanya, beliau turun meninjau kawasan baruh Gong Telikong, Besut dan mendapati padi yang baru berusia 20 hari telah rosak.

“Namun terdapat beberapa sawah lain seperti di Gong Pasir dan Lapan Tuai, Gong Nibong berada dalam keadaan baik, kamu juga masih mengumpulkan laporan kemusnahan lain.

“Insya-Allah Kerajaan Terengganu menyediakan bantuan sewajarnya melalui Tabung Bencana Pertanian Negeri Terengganu supaya petani dan pesawah kita bangkit kembali menghadapi banjir,” jelas beliau kepada UPDI.

Menurutnya, kejadian banjir pada bulan ini memang berada di luar jangkaan semua pihak.

“Apabila perkara yang tidak dijangka ini berlaku, maka kita perlu persiapkan dari segi persiapan bantuan.

“Saya harapkan para pesawah kita bersabar dengan ujian yang menimpa ini. Insya-Allah kerajaan negeri dan jabatan pertanian akan bersama,” katanya. –

Foto: Syafiq Halim
Artikel: https://www.trdi.my/banjir-terengganu-aktifkan-tabung-bencana-pertanian-serta-merta
Hakcipta Terpelihara © 2022 TRDI

Leave a Reply