Penulis:
Hazrin Izwan Che Haron @ Shafiee
Pegawai Penyelidik Portfolio (Teras Industri & Pelancongan)
Majlis Pelancaran “Calendar Of Events (COE) 2022” Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman pada 23 Januari 2022.
Pelancaran COE ini turut hadiri Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri, Encik Fadli Yusof Zakaria dan Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Terengganu, Pn. Zanariah Zakaria.
Calendar Of Events (COE)
Sebanyak 22 acara utama bakal menghiasi dan memeriahkan kalendar pelancongan Terengganu tahun ini. Acara-acara ini berpontensi menjadikan Terengganu sebagai destinasi pilihan utama pelancong khususnya pelancong tempatan dan juga pelancong luar negeri.
Acara-acara dalam COE ini dilalkukan secara menyeluruh di setiap destinati pelancongan terpilih di setiap daerah dalam negeri Terengganu. Pelancaran COE ini juga selaras dengan intipati PITAS2030 didalam Objektif 5; Strategi 4 iaitu mempergiat dan memperkukuhkan aktiviti pemasaran dan promosi secara menyeluruh di setiap destinasi
Senarai Acara
Antara acara-acara yang akan dilakukan ialah;
1) Karnival Beautiful Terengganu, 2)Festival Warisan Sungai, 3) Karnival Candat Sotong, 4)Terengganu Bike Week, 5) Karnival Budaya Terengganu, 6) Setiu Wetland Festival, 7) Terengganu Drive Month, 8) Terengganu International Islamic Fest, 9) Terengganu Explorace, 10) Tasik Puteri Jetski Challenge, 11) Kenyir Monsson Casting Tournament dan banyak lagi.
Jangkaan Pengunjung
Dengan adanya COE ini, kerajaan negeri menjangkakan ianya akan menarik seramai tiga juta pengunjung ke Terengganu pada tahun 2022. Antara acara utama sebagai potensi tarikan besar pengunjung adalah Karnival Beautiful Terengganu di Tasik Kenyir pada 23 hingga 25 Februari depan. Di dalam acara ini juga akan dirasmikan jambatan ikonik Pulau Poh sebagai simbolik pembuka tirai pelancongan Terengganu.