Skip to main content

Penulis:
Hazrin Izwan Che Haron @ Shafiee
Pegawai Penyelidik Portfolio (Teras Industri & Pelancongan)

 

Sektor pelancongan Negeri Terengganu kini berkembang pesat  dan hampir setiap lokasi rekreasi pelancongan kini dipenuhi pelancongan dan pengunjung. Namun, kejayaan tarikan destinasi rekreasi ini sebenarnya amat bergantung kepada persekitaran serta amalan keselamatan yang selamat dan terjamin.

Bagi mengelakan insiden dan kejadian yang tidak diingini, adalah penting untuk menitikberatkan setiap aspek keselamatan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di setiap lokasi rekreasi pelancongan.

 

Pembentukan Jawatankuasa Keselamatan Pelancongan dan Rekreasi Terengganu

Bagi mempertingkatkan keselamatan dalam sektor pelancongan, sebuah Jawatankuasa Keselamatan Pelancongan dan Rekreasi Terengganu telah dibentuk dan akan ditubuhkan. Jawatankuasa ini bertujuan merangka pelan keselamatan, kawalselia, pemantauan serta penguatkuasaan, berkaitan dengan aktiviti, majlis, acara, pertandingan atau program yang melibatkan dengan hal-hal pelancongan & rekreasi di Negeri Terengganu.

Jawatankuasa ini juga akan bertindak menguruskan aspek kesiapsiagaan keselamatan, pengurusan pengoperasian berpusat, analisa pengurangan risiko secara terancang, serta perancangan kelestarian rekreasi setempat dalam jangkamasa panjang dan berterusan.

Seramai 15 agensi dan jabatan telah terlibat untuk bengkel pembentukan jawatankuasa di mana kertas cadangan penubuhan beserta Term of Reference telah disiapkan untuk diangkat kelulusan pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Bengkel Permurnian

Bagi merealisasikan jawatankuasa ini, beberapa siri bengkel telah diadakan untuk mengenal pasti: i) Objektif, ii) Definisi, iii) Fungsi Jawatankuasa, iv) Keahlian tambahan, v) Bidang Tugasan, vi) Bidang Kuasa, vii) Skop Pelaksanaan, serta  viii) KPI dan peruntukan. Skop keselamatan akan diselaraskan kepada aktiviti-aktiviti yang ada  dalam tiga (3) segmen  iaitu; Darat, Air dan  Udara. Ianya  akan melibatkan 19 agensi dan  jabatan yang terpilih bagi menguruskan skop perlaksanaan iaitu; i) Kawal selia program & Infra, ii) Pemantauan dan  Penguatkuasaan, iii) Pengecagahan dan Pelan Tindakan, serta iv) Perundangan, Polisi & Garis Panduan.

Semua agensi dan jabatan yang akan dilantik ini haruslah  memahami dan bersedia untuk menggalas peranan, fungsi dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi keseluruhan aspek kesiapsiagaan keselamatan mengikut sektor bidang tugas masing-masing.

Manfaat

Langkah proaktif penubuhan jawatankuasa ini dilihat dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di lokasi rekreasi terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi.

Jawatankuasa ini juga bertujuan untuk memastikan kes-kes kemalangan terpencil dapat dielakan supaya tidak menjejaskan sektor pelancongan negeri. Dengan tertubuhnya jawatankuasa ini, pelancong dan pengunjung akan merasa selamat untuk datang melancong serta beriadah di lokasi-lokasi  rekreasi pelancongan yang ada di Negeri Terengganu.

Leave a Reply