Skip to main content

Penulis:
Hazrin Izwan Che Haron @ Shafiee
Pegawai Penyelidik Portfolio (Teras Industri & Pelancongan)

 

Kerajaan Negeri Terengganu telah mengenal pasti  kawasan-kawasan industri baharu yang boleh menarik minat pelabur samada dalam dan luar negara ke negeri ini. Dengan sistem TISMAP (Terengganu Industrial Map), perancangan pelaburan akan menjadi efisien dimana pelabur dapat menyemak kawasan pelaburan yang berpotensi. TISMAP juga berfungsi sebagai pengkalan data kawasan industri yang sistematik di mana system Geographic Information System digunakan sebagai rujukan bagi pelabur melihat lot pelaburan yang berpotensi, jumlah penduduk, jumlah potensi peluang pekerjaan, GDI & FDI serta pengurusan pemasaran. Sehingga kini, dua (2) kawasan industri telah pun dibuka iaitu di Lembah Perasing dan Wakaf Tapai.

Terengganu Ecocycle
Kawasan seluas kira-kira 500 ekar tanah yang terletak di Kawasan Lembah Perasing, Mukim Hulu Jabor, Kemaman, Terengganu Darul Iman akan dibangunkan dengan projek Terengganu Ecocycle iaitu sebuah kawasan perindustrian logam bukan ferus pertama di Asia Tenggara (Terengganu Ecocyle). Projek ini akan dikembangkan dalam empat fasa dalam tempoh sembilan tahun, dengan jumlah kos pembangunan yang dianggarkan berjumlah RM2.4 bilion. Ini  merangkumi zon teknologi teras, zon teknologi sub-teras dan sokongan zon teknologi, di mana masing-masing berukuran kira-kira 85 ekar, 250 ekar dan 165 ekar. Projek ini adalah di antara syarikat Ta Win Holdings Berhad (Ta Win) yang mengadakan usaha sama perjanjian dengan kerajaan negeri melalui Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Dijangkakan sebanyak 7,000 peluang pekerjaan akan dibuka kepada rakyat dalam tempoh sembilan tahun melalui usaha sama Ta Win dan PMINT ini.

 

Wakaf Tapai Innovation Park

Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan projek Wakaf Tapai Innovation Park yang terletak di sebelah Kawasan Perindustrian Ajil. Pembangunan kawasan itu melibatkan beberapa agensi dalam dan luar negara termasuk kerjasama daripada Dewan Perniagaan Melayu, Cina dan India. Projek ini dijangka akan menempatkan lebih kurang 10 pemain industri baharu yang melibatkan pelaburan antara RM150 juta melengkapi 10 lot. Pelaburan adalah berasaskan kepada sektor perkayuan, pelupusan sisa dan teknologi hijau. Projek dijangka menyediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan untuk anak tempatan.

Pembukaan industri tertakluk pada keperluan pelabur serta aliran pelaburan di Terengganu. Kajian fisibiliti akan dilakukan dari masa ke semasa dankawasan yang berkeperluan untuk pelaburan, akan diwartakan sebagai zon industry. Terbaru, Terengganu Incorporated telah mengenal pasti Kawasan seluas 1000 ekar di Kerteh Kemaman untuk dijadikan Kawasan  Biopolymer Park.

Leave a Reply