Skip to main content

Penulis:
Ahmad Haziq Che Adlan
Pegawai Penyelidik Portfolio (Teras Pendidikan & Modal Insan)

Kolej Universiti al-Quran Terengganu merupakan mercu tanda kelima dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030). Kerajaan negeri berhasrat menubuhkan sebuah kolej universiti yang baharu bagi mengembalikan kegemilangan KUSZA suatu ketika dahulu. Justeru itu, pihak Kolej al-Quran Terengganu sedang giat melengkapkan proses untuk menaik taraf KQT menjadi sebuah kolej university.

 

Perancangan pembangunan kampus tetap Kolej al-Quran Terengganu (KQT) di Durian Mentangau bakal direalisasikan apabila majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar pada 27 Oktober 2022. Konsep pembangunan kampus ini akan mengetengahkan masjid sebagai pusat komuniti.

 

Keseluruhan pembangunan kampus tetap Kolej al-Quran Terengganu dianggarkan seluas 18 ekar yang boleh menampung kira-kira 3000 orang pelajar. Komponen pembangunan terdiri daripada bangunan canselori, fakulti, perpustakaan, dewan konvokesyen serta bangunan asrama lelaki dan wanita.

Pembinaan kampus tetap Kolej al-Quran Terengganu ini menjadi pelengkap kepada 20 manifesto kerajaan negeri. Semoga projek ini menjadi salah satu ikon dan mercu tanda terbaharu serta memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri Terengganu.

Leave a Reply