KUALA TERENGGANU, 16 Januari – Kolej Universiti TATi (UC TATi menjadi kampus pertama mempunyai ladang dalam kampus selepas mengusahakan 51 ribu tanaman nanas MD2 di tanah seluas tiga ekar.
Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Mohd Khairuzamri M Salleh berkata, sejarah itu dilakar selepas pihaknya mengadakan institusi pendidikan milik kerajaan negeri terbabit.
“Menerusi projek ini, UC TATI menceburi sektor pertanian dengen mengusahakan tanaman nanas menggunakan benih yang dibekalkan oleh LPNM,” jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke ladang tersebut, pada baru-baru ini.
Sementara itu, Rektor UC TATi, Dr Anuar Ahmad berkata, projek tanaman nanas itu mampu menjamin kelestarian sumber dan mengurangkan kebergantungan terhadap sumber luar.
“Nanas MD2 antara yang menjadi rebutan dan mendapat permintaan tinggi kerana rasanya manis, lebih berjus dan serat bagus untuk kesihatan,” ujarnya.
Dalam pada itu, menurut Pengurus Ladang, Mohd Azahari Mohd Ali, pada asalnya tanaman nanas tersebut hanya ingin dijadikan sebagai landskap sahaja.
“Tetapi disebabkan permintaan bekalan nanas meluas sama ada di dalam atau luar negeri serta mempunyai nilai komersial yang tinggi kami mengusahakan tanaman ini,” jelasnya.
Artikel Penuh: https://www.trdi.my/uc-tati-kampus-pertama-usahakan-penanaman-nanas
Hakcipta Terpelihara © 2022 TRDI